Flora dan Fauna Malaysia
FLORA DAN FAUNA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
Tumbuh-tumbuhan di Malaysia boleh dibahagikan kepada:
a.Hutan Khatulistiwa
b.Hutan Paya
c.Hutan Pantai
d.Hutan Gunung
Tumbuh-tumbuhan di Malaysia boleh dibahagikan kepada:
a.Hutan Khatulistiwa
b.Hutan Paya
c.Hutan Pantai
d.Hutan Gunung
- HUTAN KHATULISTIWAHutan hujan tropika adalah jenis hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak. Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidak melebihi 1000 meter.
HUTAN KHATULISTIWA@ HUTAN HUJAN TROPIKA
Kepentingan Hutan Hujan Tropika1.Sumber kayu keras untuk kegiatan pembalakan seperti cengal, merbau, meranti, seraya dan keruing.2. Sumber hasil hutan seperti damar, rotan dan herba.3.Habitat dan perlindungan kepada hidupan liar dan pelbagai jenis tumbuhan.4.Menggalakkan kegiatan pelancongan dan rekreasi seperti di Taman Negara Pahang, Lembah Belum dan lain-lain.5.Kawasan tadahan hujan.6.Menyejukkan dan menyamankan udara. Menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigenHidupan Liar di Hutan Hujan TropikaLapisan renjung terdapat kelawar,burung enggang,rama-rama dan lebah.Lapisan tengah terdapat kera, tupai terbang,burung,musang, orang utan dan lotong.
Lapisan lantai hutan terdapat gajah,harimau,ular,biawak, pelanduk rusa dan seladangBURUNG ENGGANG
ORANG UTAN
SELADANG
LOTONGHUTAN PAYAHutan paya dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:1.Hutan paya air tawar2.Hutan paya air masin (paya bakau)Hutan Paya Air TawarLANDSKAP PAYA AIR TAWAR Ciri-ciri1.Terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut dan bertakung air2.Pokok yang tumbuh biasanya tinggiJenis-jenis Tumbuhan
Pokok palma, gelam, nipah, kempas, keladi air, mengkuang.MENGKUANG Terdapat kawasan paya yang ditebus guna menjadi kawasan pertanian seperti:- Tanaman padi (Dataran Kedah dan Delta Kelantan)- Tanaman nenas (Barat Johor) dan Tanaman kelapa sawit dan padi ( Barat daya Johor)KawasanSekitar Dataran Johor (Johor)Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)Kawasan Delta Rajang (Sarawak) Kawasan Sabak Bernam (Selangor)KeluasanHutan ini meliputi 8% daripada kawasan hutan negara kitaHidupan AirIkan, udang galah, ular, biawak, katakHutan Paya BakauPAYA BAKAU Ciri-ciri UtamaTerdapat di kawasan pinggir pantai laut yang berlumpur ,terlindung daripada pukulan ombak dan sering mengalami air pasang dan surut.Mempunyai akar didalam lumpur untuk membantu proses pernafasan dan menyokong pokok daripada tumbang.Jenis TumbuhanKawasanSekitar muara Sungai Perak Dan Sungai BernamKawasan Pinggir laut Johor, Pahang dan MelakaSekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram (Sarawak)Kawasan pinggir laut pantai barat Sarawak. Kawasan pantai timur SabahKeluasanHutan bakau meliputi 95% kawasan pinggir laut pantai barat SemenanjungHidupan Air
Hutan pantai terdapat di kawasan berpasir seperti di:Pantai Cahaya Bulan (Kelantan)Pantai Tanjung Rhu (Pulau Langkawi)Pantai Desaru (Johor)Pantai Batu Feringgi (Pulau Pinang)Pantai Pulau Talang-talang (Sarawak)Pantai Pulau Sipadan (Sabah)PULAU SIPADAN
Kepentingan hutan pantai1.Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api.2.Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.3.Kawasan rekreasi dan pelanconganHidupan LiarHabitat utama bagi binatang kecil dan serangga.Kera,ular biawak tupai,burung dan serangga.
Hutan Gunung
LANDSKAP HUTAN GUNUNG
Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1 200 meter dari aras lautTumbuh dengan subur di kawasan tanah laterit.Pokok-pokok semakin jarang apabila tanah semakin tinggiJenis Tumbuhan (Flora)Jenis Tumbuhan di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian :Ketinggian 1 200 - 1 800 meter (Terdapat hutan montane bawah atau dikenali juga hutan daun luruh (oak dan laurel), tumbuhan epifit (orkid, paku langsuyar)Ketinggian 1 800 - 2 900 meter (Terdapat hutan montane atas atau dikenali juga hutan poko tirus (pain, sprus, gelam gunung), epifit (liken, lumut), Rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron)PERIUK KERA Ketinggian 2 900 - 3 500 meter (Tumbuhan hampir alpain iaitu pokok kerdil dan rumput, pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera)) Ketinggian melebihi 3 500 meter (pokok renek, paku-pakis, lumut)BORNEAN EYE BRIGHT Jenis Hidupan (Fauna)Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juga mengikut ketinggian:Di hutan montane bawah : Terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga).Di hutan montane atas : Terdapat beruang, ferretbadger, tikus, burung dan serangga)FERRET BADGER KawasanGunung Kinabalu (Sabah)Banjaran CrockerBanjaran TitiwangsaPergunungan IranBanjaran Tama AbuBanjaran Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron (Pahang) Gunung Jerai (Kedah)
apakah maksud flora dan fauna? ini dia >
Definisi Fauna
Kucing dan arnab adalah contoh fauna di darat.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Fauna juga lebih dikenali sebagai dunia haiwan. Fauna terbahagi kepada 2 iaitu di air dan di darat.
Kucing dan arnab adalah contoh fauna di darat.
Sotong dan ikan adalah contoh fauna di air.
Dalam botani, flora mempunyai dua maksud. Maksud pertama merujuk kepada "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman", khususnya tumbuhan yang asli. Maksud kedua merujuk kepada "buku atau karya" yang memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat di dalam sesuatu kawasan atau zaman bagi tujuan pengenalpastian. Sesetengah flora klasik dan moden disenaraikan di bawah.
Istilah "flora" berasal daripada bahasa Latin, Flora, yang merupakan dewi untuk bunga dalam mitologi Rom. Istilah padanan untuk haiwan ialah fauna. Flora, fauna dan bentuk hidupan lain seperti kulat dirujuk bersama sebagai biota. Semua flora dan fauna di dalam sesuatu kawasan dirujuk bersama sebagai biota.
Pengelasan Flora
Tumbuhan-tumbuhan dikelompokkan kepada flora, bergantung kepada kawasan, zaman, atau persekitaran yang khas. Kawasan boleh merupakan habitat yang berbeza dari segi geografi, umpamanya gunung berbanding tanah pamah. Flora boleh bermaksud tumbuhan untuk sesuatu zaman sejarah, umpamanya flora fosil. Akhirnya, flora juga boleh dibahagikan lagi mengikut persekitaran khas:
- Flora asli: Flora asli sesuatu kawasan.
- Flora pertanian dan kebun bunga: Tumbuhan yang ditumbuh dengan senjaga oleh manusia.
- Flora rumpai: Secara tradisi, pengelasan ini digunakan untuk tumbuhan yang dianggap tidak diingini, dan dikaji untuk mengawal dan memusnahkannya. Pada hari ini, gelaran ini jarang digunakan sebagai pengelasan untuk tumbuhan disebabkan kumpulan ini merangkumi tiga jenis tumbuhan yang berbeza: spesies rumpai, spesies invasif (tidak semestinya merupakan rumpai), dan spesies (baik asli mahupun yang diperkenalkan) yang tidak diingini dari segi pertanian. Banyak tumbuhan asli yang dahulu dianggap sebagai rumpai kini telah didapati berfaedah malah diperlukan oleh pelbagai ekosistem.
Bakteria kekadang dimasukkan dalam kumpulan flora. Kekadang juga, istilah flora bakteria dan flora tumbuhan telah digunakan secara berasingan.
Komentar
Posting Komentar